Panitia Desktop Publishing telah mengadakan PLC yang bertajuk Quizizz Game Changer pada 24 Mac 2024 di Makmal Komputer. Seramai 10 orang guru telah menyertai PLC ini dan mendapat sambutan yang baik. Antara objektif PLC ini adalah supaya guru-guru dapat bekerjasama untuk merancang dan menghasilkan kuiz secara kreatif. Selain itu, guru juga dapat membuat perbincangan tentang kuiz untuk diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. PLC ini juga membantu guru untuk mendapat pensijilan dari Quizizz itu sendiri untuk SPLKM. Secara keseluruhan, PLC ini memberikan platform bagi guru untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya menarik minat dan motivasi murid untuk belajar.
BLOG CIKGU TS. SHAHJAI
PERKONGSIAN ILMU
Pages
Unit
Sunday, 24 March 2024
Thursday, 21 March 2024
FUN GAME : WONDERFUL SEA CREATURES
Panitia Desktop Publishing telah mengambil inisiatif untuk menyertai pertandingan mencipta sebuah game menggunakan platform Scratch, iaitu sebuah aplikasi mengaturcara untuk murid-murid. Tema yang dihasilkan ialah "Fun Game: Wonderful Sea Creatures" dimana murid perlu menghasilkan game yang menunjukkan kehidupan di dalam laut yang dipersembahkan secara kreatif dan inovatif dalam bentuk game Scratch. Seramai 10 orang murid telah mengambil bahagian dan mampu menghasilkan permainan yang dikehendaki. Program ini merupakan satu langkah kepada pihak sekolah untuk melaksanakan Dasar Pendidikan Digital bagi memastikan murid fasih digital.
Tuesday, 19 March 2024
PEMBELAJARAN INTERAKTIF
Panitia Desktop Publishing menjalankan pembelajaran interaktif bagi meningkatkan Kualiti Pembelajaran dalam PPM2013-2025 yang menggariskan ICT berpotensi besar untuk memacu dan memperkukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran. Antara teknologi yang digunakan ialah Google Classroom, Microsoft Sway, Quizizz dan Canva pada masa tersebut. Semoga PdP ini dapat mengoptimumkan potensi murid menguasai kemahiran digital dan seterusnya menjayakan Program Pemerkasaan Pendidikan Digital Murid.
Thursday, 14 March 2024
PROGRAM PENSIJILAN MURID - QUIZIZZ CERTIFIED GAME CHANGER
Tarikh : 13 Mac 2024 (Rabu)
Tempat : Makmal Komputer 2
Program pensijilan murid dalam Panitia Desktop Publishing merupakan inisiatif untuk memberikan sijil kepada murid setelah menyelesaikan program atau kursus tertentu. Tujuan program ini adalah untuk mengiktiraf pencapaian kemahiran tertentu yang telah diperoleh oleh murid. Antara objektif program ini ialan murid mendapat pengiktirafan kemahiran yang telah diperoleh oleh murid dalam bidang digital. Selain itu, murid dapat meningkatkan keyakinan diri mereka dalam kemampuan mereka dalam bidang tertentu, sama ada itu dalam pendidikan formal atau latihan kemahiran. Murid juga dapat memupuk budaya pembelajaran seumur hidup, di mana murid diberi peluang untuk terus meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka setelah menamatkan program asal. Tahniah kepada 9 orang murid 5 DTPC pencapaian dalam Quzizz Certified Game Changer bagi meningkatkan program pendigitalan sekolah.
GERAK KERJA LUAR / KOKURIKULUM (GKK)
1. Kokurikulum sekolah adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah. Ianya wajib bagi semua guru dan murid. Guru dikehendaki mencatat kehadiran di dalam Buku Kehadiran Kokurikulum apabila menghadiri aktiviti kokurikulum sekolah.
2. Guru hendaklah bersama-sama mengatur silibus/ rancangan bagi persatuan / kelab permainan masing-masing dan rancangan ini hendaklah melibatkan semua murid.
3. Kokurikulum Gerak Kerja Luar ini memberi bimbingan dan latihan kepada murid-murid dalam bidang pimpinan, tatatertib memegang tanggungjawab, taat setia kepada sekolah dan negara serta galakan dalam bidang pengajian tertentu seperti mengadakan ceramah, bahas, lawatan, membuat projek tertentu dan sebagainya. Perkara ini memerlukan kebijaksanaan dan inisiatif guru-guru berkaitan bagi menampilkan SMPK Vokasional Indahpura sebagai sebuah sekolah yang berwatak.
4. Semua aktiviti yang dijalankan pada setiap perjumpaan hendaklah direkodkan dan dihantar kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk semakan.
5. Guru yang terlibat hendaklah hadir semasa GKK. Perkara-perkara yang tidak diingini berlaku kepada murid semasa GKK apabila ketidakhadiran guru merupakan kes yang berat.