Unit

Salam kepada semua guru-guru SMPKVIP yang dikasihi. Blog DARI MEJA CIKGU TS SHAH ini diwujudkan untuk memudahkan semua guru mendapatkan maklumat dan bahan yang berkaitan dengan Kurikulum / kokurikulum untuk dikongsi bersama. Bahan-bahan dalam blog ini boleh dimuat turun dan diedit untuk mempercepatkan proses kerja. Semua guru boleh menggunakan bahan dalam blog ini untuk melengkapkan fail unit masing-masing semasa awal tahun pembukaan sekolah nanti. Sekiranya ada bahan yang diperlukan tetapi tiada dalam blog ini, guru-guru boleh emailkan kepada saya iaitu mshahrimanj@edidik.edu.my untuk dimuatkan dalam blog ini supaya dapat dikongsi bersama. Sekiranya ada pendapat atau cadangan penambahbaikan, sila isikan dalam ruang komen yang disediakan. Harap maklum.

GERAK KERJA LUAR / KOKURIKULUM (GKK)

1. Kokurikulum sekolah adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah. Ianya wajib bagi semua guru dan murid. Guru dikehendaki mencatat kehadiran di dalam Buku Kehadiran Kokurikulum apabila menghadiri aktiviti kokurikulum sekolah.

2. Guru hendaklah bersama-sama mengatur silibus/ rancangan bagi persatuan / kelab permainan masing-masing dan rancangan ini hendaklah melibatkan semua murid.

3. Kokurikulum Gerak Kerja Luar ini memberi bimbingan dan latihan kepada murid-murid dalam bidang pimpinan, tatatertib memegang tanggungjawab, taat setia kepada sekolah dan negara serta galakan dalam bidang pengajian tertentu seperti mengadakan ceramah, bahas, lawatan, membuat projek tertentu dan sebagainya. Perkara ini memerlukan kebijaksanaan dan inisiatif guru-guru berkaitan bagi menampilkan SMPK Vokasional Indahpura sebagai sebuah sekolah yang berwatak.

4. Semua aktiviti yang dijalankan pada setiap perjumpaan hendaklah direkodkan dan dihantar kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk semakan.

5. Guru yang terlibat hendaklah hadir semasa GKK. Perkara-perkara yang tidak diingini berlaku kepada murid semasa GKK apabila ketidakhadiran guru merupakan kes yang berat.

VIP MERDEKA MINI 4WD RACE

KARNIVAL PERMAINAN 2014

PERTANDINGAN PETANQUE ANGKASA 2014