Dalam usaha untuk terus memperkukuhkan keupayaan digital Panitia Desktop Publishing memperkemaskan perkhidmatan kepada murid. 13 Mac 2024 telah disaksikan pelaksanaan beberapa inisiatif digital yang signifikan iaitu penggunaan Youtube, Padlet dan Quzizz. Melalui integrasi teknologi dan peningkatan proses digital, panitia berusaha untuk meningkatkan keberkesanan operasi panitia. Antara objektif program ini ialah murid dapat memahami konsep penjagaan dan kebersihan diri menggunakan teknologi dan menghasilkan peta minda secara digital. Hasil daripada program ini, murid terampil secara kritis dan bekerjasama dalam kumpulan untuk menyelesaikan masalah. Selain itu, murid dapat berinteraksi dan komunikasi dengan rakan-rakan lain dalam mengembangkan bakat yang terpendam dalam diri murid. Semoga program ini dapat memberikan impak yang positif pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment