Unit

Salam kepada semua guru-guru SMPKVIP yang dikasihi. Blog DARI MEJA CIKGU TS SHAH ini diwujudkan untuk memudahkan semua guru mendapatkan maklumat dan bahan yang berkaitan dengan Kurikulum / kokurikulum untuk dikongsi bersama. Bahan-bahan dalam blog ini boleh dimuat turun dan diedit untuk mempercepatkan proses kerja. Semua guru boleh menggunakan bahan dalam blog ini untuk melengkapkan fail unit masing-masing semasa awal tahun pembukaan sekolah nanti. Sekiranya ada bahan yang diperlukan tetapi tiada dalam blog ini, guru-guru boleh emailkan kepada saya iaitu mshahrimanj@edidik.edu.my untuk dimuatkan dalam blog ini supaya dapat dikongsi bersama. Sekiranya ada pendapat atau cadangan penambahbaikan, sila isikan dalam ruang komen yang disediakan. Harap maklum.

Thursday 14 March 2024

PROGRAM PENSIJILAN MURID - QUIZIZZ CERTIFIED GAME CHANGER

 Tarikh : 13 Mac 2024 (Rabu)

Tempat : Makmal Komputer 2

Program pensijilan murid dalam Panitia Desktop Publishing merupakan inisiatif untuk memberikan sijil kepada murid setelah menyelesaikan program atau kursus tertentu. Tujuan program ini adalah untuk mengiktiraf pencapaian kemahiran tertentu yang telah diperoleh oleh murid. Antara objektif program ini ialan murid mendapat pengiktirafan kemahiran yang telah diperoleh oleh murid dalam bidang digital. Selain itu, murid dapat meningkatkan keyakinan diri mereka dalam kemampuan mereka dalam bidang tertentu, sama ada itu dalam pendidikan formal atau latihan kemahiran. Murid juga dapat memupuk budaya pembelajaran seumur hidup, di mana murid diberi peluang untuk terus meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka setelah menamatkan program asal. Tahniah kepada 9 orang murid 5 DTPC pencapaian dalam Quzizz Certified Game Changer bagi meningkatkan program pendigitalan sekolah.





No comments:

Post a Comment

GERAK KERJA LUAR / KOKURIKULUM (GKK)

1. Kokurikulum sekolah adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah. Ianya wajib bagi semua guru dan murid. Guru dikehendaki mencatat kehadiran di dalam Buku Kehadiran Kokurikulum apabila menghadiri aktiviti kokurikulum sekolah.

2. Guru hendaklah bersama-sama mengatur silibus/ rancangan bagi persatuan / kelab permainan masing-masing dan rancangan ini hendaklah melibatkan semua murid.

3. Kokurikulum Gerak Kerja Luar ini memberi bimbingan dan latihan kepada murid-murid dalam bidang pimpinan, tatatertib memegang tanggungjawab, taat setia kepada sekolah dan negara serta galakan dalam bidang pengajian tertentu seperti mengadakan ceramah, bahas, lawatan, membuat projek tertentu dan sebagainya. Perkara ini memerlukan kebijaksanaan dan inisiatif guru-guru berkaitan bagi menampilkan SMPK Vokasional Indahpura sebagai sebuah sekolah yang berwatak.

4. Semua aktiviti yang dijalankan pada setiap perjumpaan hendaklah direkodkan dan dihantar kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk semakan.

5. Guru yang terlibat hendaklah hadir semasa GKK. Perkara-perkara yang tidak diingini berlaku kepada murid semasa GKK apabila ketidakhadiran guru merupakan kes yang berat.

VIP MERDEKA MINI 4WD RACE

KARNIVAL PERMAINAN 2014

PERTANDINGAN PETANQUE ANGKASA 2014